BAGAN SERAI, 12 APRIL: Kementerian Kesihatan tidak akan melakukan suntikan vaksin pada waktu malam sepanjang bulan Ramadan, kata Timbalan Menterinya Datuk Dr Noor Azmi Ghazali.
SHAH ALAM, 6 APRIL: Seramai 40 warga emas menyertai taklimat Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS) sebagai persediaan awal menerima suntikan vaksin.
SHAH ALAM, 5 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong menampilkan maskot Si Balak bagi menarik minat orang ramai mendaftar suntikan vaksin Covid-19.
IPOH, 5 APRIL: Anggota polis yang viral kononnya meninggal dunia selepas komplikasi vaksin Covid-19, tidak mengadu sebarang gejala selepas menerima vaksin dos pertama dan kedua.
IPOH, 4 APRIL: Polis menafikan maklumat tular yang mendakwa seorang anggota daripada Balai Polis Gerik meninggal dunia selepas dimasukkan ke unit kecemasan hospital daerah itu akibat pengambilan dos kedua vaksin Covid-19.
AMPANG, 2 APRIL: Dato' Seri Amirudin Shari hairan dengan tindakan kerajaan enggan membenarkan sidang Dewan Rakyat diadakan walaupun sebahagian besar ahli parlimen sudah menerima suntikan vaksin Covid-19.
SHAH ALAM, 31 MAC: Hampir 60 peratus anggota bomba negeri ini yang mendaftar pengambilan vaksin Covid-19 telah menerima suntikan dos pertama.
SHAH ALAM, 26 MAC: Kerajaan akan menambah kategori lain untuk penerima vaksin Covid-19 fasa kedua memandangkan kadar pendaftaran yang rendah.
SHAH ALAM, 25 MAC: Kerajaan Persekutuan akan menyediakan kakitangan Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) membantu Selangor meningkatkan pendaftaran pengambilan vaksin Covid-19.
PORT DICKSON, 23 MAC: Suntikan vaksin Covid-19 pada bulan Ramadan adalah harus dan tidak membatalkan puasa, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
BANGKOK, 22 MAC: Thailand hari ini memulakan ujian fasa pertama ke atas manusia menggunakan vaksin Covid-19 hasil buatan tempatan.
SHAH ALAM, 20 MAC: Seramai 41 individu di Selangor lengkap menerima vaksin Covid-19 selepas selesai disuntik dos kedua.
SHAH ALAM, 20 MAC: Dewan Undangan Negeri (DUN) Pandamaran akan melaksanakan kempen pendaftaran vaksin Covid-19 secara berperingkat di beberapa lokasi mulai 24 Mac ini.
SHAH ALAM, 19 MAC: Orang ramai kini boleh mendaftar untuk menerima vaksin bagi orang tanggungan melalui aplikasi MySejahtera mulai hari ini.
SHAH ALAM, 19 MAC: Jabatan Kesihatan Pulau Pinang meminta orang ramai berhenti menularkan berita tidak tepat mengenai kematian jururawat yang bertugas di Hospital Pulau Pinang (HPP) dua hari lalu.
SHAH ALAM, 18 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor menzahirkan rasa sukacita apabila lebih 90 peratus petugas barisan hadapan hospital kerajaan di negeri ini sudah mendapat vaksin Covid-19.
SHAH ALAM, 18 MAC: Hampir semua Ahli Dewan Negeri (ADN) dan ahli parlimen di Selangor selesai menerima suntikan dos pertama vaksin.
SHAH ALAM, 17 MAC: Ahli Dewan Negeri (ADN) Selangor sentiasa bersedia membantu rakyat terutama golongan warga emas mendaftar untuk mendapatkan suntikan vaksin Covid-19.
PUTRAJAYA, 15 MAC: Kira-kira 1.4 juta individu yang mendaftar melalui aplikasi MySejahtera bagi menerima suntikan vaksin Covid-19 didapati tidak melengkapkan pendaftaran mereka, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.
KUALA LUMPUR, 14 MAC: Memasuki hari ke-19 pelaksanaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang bermula sejak 23 Feb lepas, seramai 292,104 individu telah menerima suntikan dos pertama vaksin di seluruh negara setakat semalam.
Media Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, menyampaikan berita dan informasi terkini, sahih dan dipercayai.